Dana Makan Malam Asrama Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang

Assalamualaikum wbt 😊

Tuan puan yg dimuliakan Allah, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman insyaAllah akan mendirikan sebuah asrama baharu 4 tingkat bagi menggantikan asrama sedia ada yang tidak lagi sesuai dihuni untuk beberapa tahun akan datang.

Anggaran perbelanjaan mencecah RM5 juta.

Maka satu “Majlis Makan Malam Dana Asrama Baru MTT” akan diadakan pada :

🗓 : 28 Februari 2019 (Khamis)
🕗 : 8 Malam
🏩 : Hotel Permai inn, Kuala Terengganu.

Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang

RM100/kepala
RM1000/meja
Sumbangan nilaian tiket juga amat dihargai 😊

Acara istimewa:
Penyampaian sumbangan secara langsung melalui DSTGuru.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk rakan #Charity #Jariah anda.

014-2124909 (Cikgu Abdullah Embong)

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dana Pemasangan Batu Tapak Gajah

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Terima Kasih Peserta Qurban Perdana MTT 2018

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

Puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya. Alhamdulillah, program Qurban Perdana Aidiladha MTT 1439H berlangsung meriah. Sejumlah 41 ekor lembu dan 34 ekor kambing telah dikorbankan pada sepanjang 3 hari program berlangsung.

Dalam temubual ringkas bersama mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan bersyukur atas sokongan orang ramai yang bersama-sama menyertai ibadah ini secara berjemaah. “Mudah-mudahan ibadah korban yang dilakukan pada hari ini diterima Allah SWT, kami berterima kasih kepada mereka yang bersama pada kali ini,“ ujar beliau lagi. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan sebahagian daging qurban dari kalangan peserta untuk kegunaan pihak MTT.

Sementara itu, seorang peserta yang ditemui juga menyatakan rasa teruja apabila melihat kerjasama semua pihak tanpa mengira usia dalam ibadah qurban tersebut. “Ini kali pertama saya menyertai ibadah qurban secara berama-ramai. Ia merupakan pengalaman yang seronok. InsyaAllah, tahun seterusnya saya berhasrat untuk mengajak saudara terdekat untuk sama-sama menyertai ibadah qurban di MTT’.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua tenaga yang bertungkus lumus sepanjang program berlangsung. Termasuklah masyarakat setempat, tenaga kerja MTT, serta kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan lepasan pelajar MTT.

Semoga keringat dan ‘pengorbanan’ ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Tuhan pentadbir sekalian alam.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Qurban Perdana MTT 1439H / 2018M

Assalamualaikum wbt…

Bismillah wa Alhamdulillah… Kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah terus diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di alam ciptaanMu ini.

Saya dengan sukacitanya mempelawa saudara saudari sekalian untuk menjalankan ibadah korban di Maahad kami, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Kuala Nerus, Terengganu, sebagai suatu pilihan utama.

Sumbangan saudara saudari yang penuh keberkatan itu akan menjadi hidangan makan tengah hari secara mingguan kepada anak-anak tahfiz kami dan juga sebagai satu langkah penjimatan kos penyediaan makanan asrama Maahad kami.

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya:

Para sahabat Rasulullah SAW ‘alaihi wasallam bertanya:
“Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?

Rasulullah menjawab:
Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim
Mereka berkata:

Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?
Rasulullah menjawab:
Bagi setiap helai rambut satu kebajikan

Mereka berkata:
Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?

Rasulullah menjawab:
Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kit Kebajikan Ramadhan 1439H

Alhamdulillah… Ramadhan sekali lagi menemui kita untuk kesekian kalinya… Bagaimanakah kita menghadapinya? Apakah persediaan dan iltizam kita untuk Ramadhan pada tahun ini?… Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. InsyaAllah.

Seperti tahun-tahun terdahulu, para guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) akan menerima Kit-Kebajikan Ramadhan. Sumbangan ini adalah bagi membantu semua warga kerja dalam menghadapi Ramadhan. Kit-Kebajikan ini mengandungi 10kg Beras, Gula, Bihun, Susu, Teh dan Minyak. Pembelian bahan-bahan tersebut adalah hasil daripada sumbangan para dermawan yang sentiasa prihatin dengan kekangan para pendidik di Sekolah Agama Rakyat seperti kami.\

Justeru, kami dengan berbesar hati ingin mempersilakan para dermawan sekalian untuk bersama-sama membantu kami dalam menjaga kebajikan warga kerja di MTT ini.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun :
MAYBANK : 5630 1924 6308 (Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah D.I)
CIMB : 8602 1544 84 (Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah D.I)
MUAMALAT : 1301 0002 8297 10 (Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman)
BANK RAKYAT : 1111 6100 2411 (Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman)
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Abdullah Embong, selaku Ketua Jabatan Fi Sabilillah MTT:
Telefon : 014-212 4909
Email : abdi_em@yahoo.com
Pejabat : 09-667 0102

Semoga usaha kecil dari kita semua mendapat redha & barakah dari Allah SWT dan pemberat timbangan di akhirat kelak. Semoga tuan puan yang menderma sentiasa berada dalam peliharaan Allah swt, limpahan rezeki yang berterusan penuh barokah serta beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kuliah Dhuha & Jamuan Rakyat Ustaz Haslin Bollywood

Alhamdulillah… Dengan izin Allah SWT, insyaAllah pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman akan mengadakan Kuliah Dhuha bersama Ustaz Haslin Baharim. Program ini adalah bersempena Dana Pembangunan Pendidikan ‘Beramal Jariah Sepanjang Hayat’ dan akan dilangsungkan pada :

Tarikh : 03 Februari 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT)

Seusai Kuliah Dhuha juga akan, insyaAllah akan diadakan Majlis Pelancaran Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) dan diikuti dengan Majlis Jamuan Rakyat bersama para hadirin yang hadir.

Ayuh!! Bersama-sama kita mengimarahkan majlis ilmu ini disamping beramal jariah serta berpeluang bersama golongan pelajar OKUMP dalam majlis ini. InsyaAllah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sumbangan Daripada Advance Air Traffic

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT diatas setiap nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan.

Bersempena dengan musim persekolahan sesi 2018, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima sumbangan daripada pihak Advance Air Traffic (AAT) kepada kira-kira 68 orang pelajar dari kalangan anak yatim, dan juga pelajar yang kurang berkemampuan.  Ia adalah sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial dari pihak AAT.

Kami di MTT dan penjaga pelajar terutamanya amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan berterima kasih diatas sumbangan pihak AAT atas sumbangan yang diberikan. Semoga perkongsian rezeki daripada pihak AAT kepada pelajar ini memberi suntikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk menempuhi sesi pengajian yang akan datang. InsyaAllah.

Semoga pihak AAT terus dilimpahkan rezeki dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dan diharap kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang, insyaAllah…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dana Naik Taraf & Baik Pulih Asrama

Subhanallah.. Alhamdulillah… Allahuakbar… 

Salam sahabat sekalian

Semoga setiap usaha dan perit jerih kita dalam mencari rezeki sentiasa diberkati Allah SWT. Begitu juga dalam kita menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim terutamanya agar kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Dan tidak lupa untuk sama-sama panjatkan puji dan syukur diatas setiap nikmat yang dikurniakan. Semoga kita semua dilindungi dari sifat-sifat mazmumah, dan tidak leka dengan kemewahan yang dikurniakan.

Masih terkesan dengn ujian yang dialami oleh anak-anak dan guru tahfiz dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, keramat tempoh hari, kami sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz juga merasa kesan daripada pasca kejadian tersebut. Selaras dengan cadangan dan syor Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya, maka Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengambil langkah ke hadapan dengan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih asrama putera dan puteri disini.

Proses naik taraf ini memberi keutamaan kepada beberapa aspek yang dicadangkan dan merujuk kepada nasihat dan syor bersama dari pihak berkenaan ketika lawatan mereka ke pusat tahfiz kami serta sesi taklimat yang dijalankan baru-baru ini di Wakaf Tapai, Marang.

Namun begitu, faktor kewangan masih menjadi kekangan kepada kelestarian cita-cita murni ini dalam membantu melahirkan generasi huffaz masa hadapan.

Justeru, kami dengan berbesar hati ingin mempersilakan para dermawan sekalian untuk bersama-sama membantu kami merealisasikan impian program pembangunan ini yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu Ringgit Malaysia).

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun :
MAYBANK : 5630 6412 7667
MAYBANK : 5630 1924 6308
CIMB : 8602 1544 84
MUAMALAT : 1301 0002 8297 10

Atas nama Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah D.I

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Abdullah Embong, selaku Ketua Jabatan Fi Sabilillah MTT:
Telefon : 014-212 4909
Email : abdi_em@yahoo.com
Pejabat : 09-667 0102

Semoga usaha kecil dari kita semua mendapat redha & barakah dari Allah SWT dan pemberat timbangan di akhirat kelak. Semoga tuan puan yang menderma sentiasa berada dalam peliharaan Allah swt, limpahan rezeki yang berterusan penuh barokah serta beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat…

Wassalam.
http://mttdaruliman.edu.my/
https://facebook.com/mttdaruliman
https://instagram.com/mttdaruliman.edu.my

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lawatan Sambil Belajar Fi Sabilillah MTT 2017

Alhamdulillah… Lawatan sambil belajar anjuran Jabatan Fi Sabilillah, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah berlangsung pada 12 – 14 Oktober 2017 yang lalu Lawatan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah memberi sumbangan yang cemerlang untuk pembangunan pendidikan MTT.

22405563_1140122546123504_7487794756023404303_n

Lawatan ini melibatkan 40 orang pelajar termasuk guru pengiring bertolak kira-kira jam 10.00 malam dan tiba di Masjid Shah Alam untuk kendiri. Usai kendiri, peserta dibawa untuk sarapan pagi di Restoren Sajian D’Hidang, Shah Alam. Lokasi lawatan seterusnya adalah di Beryl’s Chocolate Museum. Disini, peserta diberi penerangan serba ringkas mengenai Beryl’s Chocolate Museum dan cara penyediaan coklat. Peserta juga dibawa meninjau ke Beryl’s Gallery Walk yang terletak di tingkat 3 bangunan berkenaan.

22406402_1140124412789984_9110375028242440889_n

Seterusnya, peserta dibawa untuk melihat dengan lebih dekat bilik pemprosesan dan penyediaan coklat di tingkat 2. Peserta diberikan penerangan mengenai prosedur kebersihan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pekerja di ruangan terbabit dalam memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan bersih. Sebelum mengakhiri lawatan, peserta berpeluang untuk merasa dan membeli belah produk berasaskan coklat yang dijual disana.

22405523_1140127982789627_4946016149907610669_n

Selesai menunaikan solat dan makan tengahari, bas rombongan terus menuju ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Ketam, dimana destinasi kami seterusnya adalah Akademi Tahfiz Mandarin (ATM). Ketibaan kami di Jeti Pulau Ketam pada jam 7.30 malam disambut mesra para pelajar dan Ustaz Hariz Musa. Kami dibawa ke Akademi mereka yang terletak kira-kira 500meter dari jeti tempat berlabuh.

22448188_1140927162709709_4350879059774295921_n

Selepas makan malam dan solat di Balai Islam Pulau Ketam, Satu majlis ringkas pengenalan kedua-dua institusi berlangsung yang disampaikan oleh Ustaz Hariz Musa, wakil ATM dan Cikgu Abdullah Embong mewakili MTT. Peserta lawatan merasa merasa teruja dengan pengalaman berada di Pulau Ketam. Ditambah pula dengan kesungguhan anak-anak pelajar yang hidup dalam kelompok minoriti di Pulau Ketam.

Pada keesokan harinya, peserta terlibat dengan program yang diatur oleh pihak ATM iaitu gotong royong di sekitar jeti serta bersiar-siar di sekitar Pulau Ketam. Suasana yang nyaman di Pulau Ketam memberi kesegaran kepada peserta lawatan. Peserta bertolak dari jeti kira-kira jam 10.00 pagi dan destinasi terakhir lawatan adalah ke GM Klang. Lawatan berakhir jam 3.00 petang dan peserta tiba di MTT kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Alhamdulillah.. program Lawatan Sambil Belajar Fi Sabilillah MTT 2017 berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk penaja dan penyumbang yang sentiasa komited dalam membantu merealisasikan impian kami di MTT ini. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan balasan yang berlipat kali ganda kepada kita semua. InsyaAllah…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Qurban Perdana MTT 1438H

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…

Puji-pujian dan syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi nikmat kurnia terhadap hambaNya. Ucapan terima kasih dizahirkan kepada para dermawan sekalian yang senantiasa bersama-sama kami dalam setiap program yang dianjurkan. Juga tidak dilupakan kepada semua yang bertungkus lumus dalam program yang berlangsung selama dua hari tersebut.

21369660_1674400525925626_5548893712735764266_n

Musim Aidiladha telah berlalu pergi beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah dengan berkat bantuan Allah SWT dan sokongan sahabat-sahabat sekalian, kira-kira 120 orang peserta telah menyertai ibadah qurban bersama MTT pada tahun ini. Sejumlah kira-kira 23 ekor lembu dan 37 ekor kambing telah diqurbankan untuk program bagi tahun ini.  Sebahagian daripada daging qurban tersebut telah disumbangkan untuk MTT. Alhamdulillah dan syukur padaMu ya Allah.

21317423_1674398922592453_5356877923329549109_n

Semoga Allah SWT merahmati dan memberi ganjaran yang terbaik bagi hamba-hambaNya yang bersama-sama mengambil bahagian dalam ibadah qurban pada tahun ini di mana-mana jua lokasi. InsyaAllah, pengorbanan yang dibuat ikhlas kerana Allah SWT pasti akan diganjari dengan balasan yang terbaik.

21432751_1674402679258744_6701924542467990176_n

Posted in Uncategorized | Leave a comment